Monday, 31 March 2014

Leleh tapi tak cerdik

April 17 via mobile

~oh imam ku! ~

Aku WaNiTa Solehah

Ya Allah ya tuhan ku yang maha pengasih lagi maha penyayang, seandainya kau ingin jodohkan daku dengan seorang lelaki, jodohkanlah daku dengan lelaki yang baik agamanya,baik akhlaknya, jodohkanlah daku dengan lelaki yang mampu mengajarkan daku ilmu agama, jodohkanlah daku dengan lelaki yang mampu menjagaku sepenuh jiwanya, jodohkanlah daku dengan lelaki yang mampu menjadi imam solatku di mahligai kami..

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

aduhai harapan umat.....
aduhai penyeri dunia.....
aduhai penggoncang dunia.....
aku yakin ramai manusia facebook selalu bertemu dengan ayat-ayat so called "islamik" oleh wanita-wanita so called "solehah" ni kan? aku tidak punya masalah sama sekali dengan ayat-ayat leleh di atas yang penulisnya tak jemu-jemu berangan nak jodoh yang soleh (tetapi kebanyakan mereka tidak pula mahu berusaha menjadi solehah dulu dan kebanyakan mereka cuma pakai islamik2 sikit dan anggap diri solehah)... tapi aku ada masalah besar sampai nak terputus urat kentut aku bila baca kenyataan:  "mahu lelaki yang mampu menjadi imam solatku di mahligai bagai" terngiang-ngiang dalam otakku hadis-hadis nabi iaitu:

1) hadis tentang nabi ingin bakar rumah yang didalamnya terdapat lelaki yang tidak solat berjemaah di masjid(riwayat muslim,abu daud,ibn majah,tirmizi)

 2) begitu juga hadis yang mafhumnya tidak diterima solat lelaki(yang tiada uzur syar'ie) yang mendengar azan tetapi tidak ke masjid(riwayat abu daud dan ibn hibban)

3) nabi juga memanggil mereka yang dengar azan tetapi tidak solat berjemaah tanpa sebab sebagai zalim,kufur dan nifak(riwayat ahmad dan tabarani)

4) juga hadis tentang sahabat nabi yang buta yang meminta izin daripada nabi untuk tidak ke masjid menunaikan solat jemaah kerana tidak ada yang memimpinnya ke masjid,lalu nabi izinkan,tetapi setelah nabi dapat tahu bahawa beliau tinggal tidak jauh dari masjid dan mendengar azan,maka nabi menarik semula keizinan tersebut.(riwayat imam muslim)

5)para ulama juga menyatakan bahawa kaum munafik di zaman rasulullah juga tidak pernah miss solat di masjid kecuali pada waktu isya dan subuh sahaja kerana pada waktu itu gelap dan mereka malas serta beranggapan tidak ada yang sedar mereka tidak hadir ke masjid kerana gelap sehingga nabi khabarkan jika manusia nampak betapa besarnya pahala solat jemaah subuh dan isya,tentu orang munafik juga akan datang ke masjid walaupun merangkak.

6)nabi tidak pernah tinggalkan solat jemaah(kecuali ketika nazak nak wafat) walaupun dalam keadaan sakit yang amat sehingga terpaksa dipimpin para sahabat ke masjid.

JADI OTAK AKU TIDAK DAPAT FAHAM! AMAT TIDAK DAPAT FAHAM! BETAPA AKU MEMIKIRKAN SAMPAI PUTUS URAT OTAK AKU PUN TETAP AKU TIDAK DAPAT FAHAM! AKU TIDAK FAHAM KENAPA WANITA-WANITA MUSLIMAH YANG SO CALLED "SOLEHAH" AKHIR ZAMAN NI TERGILA-GILAKAN LELAKI YANG LEBIH TERUK DARI MUNAFIK UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI SUAMI MEREKA? halau suami-suami korang pergi masjid lah!bukannya suruh jadi imam kat rumah!bapuk ke apa solat kat rumah...kalau darurat takpe la jugak,ni takde sebab apa pun solat di rumah jugak...memang dayus,bacul,pondan dan bapuk dan semua yang berkaitan betul lah..

. p/s: aku tidak bicara soal fatwa tapi aku bicara soal cinta pada nabi dan amalan nabi.Kalau nak berangan meroyan dalam fb mahukan lelaki soleh sebagai suami la apa la,tukar sikit je ayat tu kepada: "jodohkanlah aku dengan lelaki yang mampu menjadi imam untuk SOLAT JENAZAHKU.".. BARU OWSEM~ *gedebik! sekian sila terasa~

Leleh tapi tak cerdik

April 17 via mobile

~oh imam ku! ~

Aku WaNiTa Solehah

Ya Allah ya tuhan ku yang maha pengasih lagi maha penyayang, seandainya kau ingin jodohkan daku dengan seorang lelaki, jodohkanlah daku dengan lelaki yang baik agamanya,baik akhlaknya, jodohkanlah daku dengan lelaki yang mampu mengajarkan daku ilmu agama, jodohkanlah daku dengan lelaki yang mampu menjagaku sepenuh jiwanya, jodohkanlah daku dengan lelaki yang mampu menjadi imam solatku di mahligai kami..

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

aduhai harapan umat.....
aduhai penyeri dunia.....
aduhai penggoncang dunia.....
aku yakin ramai manusia facebook selalu bertemu dengan ayat-ayat so called "islamik" oleh wanita-wanita so called "solehah" ni kan? aku tidak punya masalah sama sekali dengan ayat-ayat leleh di atas yang penulisnya tak jemu-jemu berangan nak jodoh yang soleh (tetapi kebanyakan mereka tidak pula mahu berusaha menjadi solehah dulu dan kebanyakan mereka cuma pakai islamik2 sikit dan anggap diri solehah)... tapi aku ada masalah besar sampai nak terputus urat kentut aku bila baca kenyataan:  "mahu lelaki yang mampu menjadi imam solatku di mahligai bagai" terngiang-ngiang dalam otakku hadis-hadis nabi iaitu:

1) hadis tentang nabi ingin bakar rumah yang didalamnya terdapat lelaki yang tidak solat berjemaah di masjid(riwayat muslim,abu daud,ibn majah,tirmizi)

 2) begitu juga hadis yang mafhumnya tidak diterima solat lelaki(yang tiada uzur syar'ie) yang mendengar azan tetapi tidak ke masjid(riwayat abu daud dan ibn hibban)

3) nabi juga memanggil mereka yang dengar azan tetapi tidak solat berjemaah tanpa sebab sebagai zalim,kufur dan nifak(riwayat ahmad dan tabarani)

4) juga hadis tentang sahabat nabi yang buta yang meminta izin daripada nabi untuk tidak ke masjid menunaikan solat jemaah kerana tidak ada yang memimpinnya ke masjid,lalu nabi izinkan,tetapi setelah nabi dapat tahu bahawa beliau tinggal tidak jauh dari masjid dan mendengar azan,maka nabi menarik semula keizinan tersebut.(riwayat imam muslim)

5)para ulama juga menyatakan bahawa kaum munafik di zaman rasulullah juga tidak pernah miss solat di masjid kecuali pada waktu isya dan subuh sahaja kerana pada waktu itu gelap dan mereka malas serta beranggapan tidak ada yang sedar mereka tidak hadir ke masjid kerana gelap sehingga nabi khabarkan jika manusia nampak betapa besarnya pahala solat jemaah subuh dan isya,tentu orang munafik juga akan datang ke masjid walaupun merangkak.

6)nabi tidak pernah tinggalkan solat jemaah(kecuali ketika nazak nak wafat) walaupun dalam keadaan sakit yang amat sehingga terpaksa dipimpin para sahabat ke masjid.

JADI OTAK AKU TIDAK DAPAT FAHAM! AMAT TIDAK DAPAT FAHAM! BETAPA AKU MEMIKIRKAN SAMPAI PUTUS URAT OTAK AKU PUN TETAP AKU TIDAK DAPAT FAHAM! AKU TIDAK FAHAM KENAPA WANITA-WANITA MUSLIMAH YANG SO CALLED "SOLEHAH" AKHIR ZAMAN NI TERGILA-GILAKAN LELAKI YANG LEBIH TERUK DARI MUNAFIK UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI SUAMI MEREKA? halau suami-suami korang pergi masjid lah!bukannya suruh jadi imam kat rumah!bapuk ke apa solat kat rumah...kalau darurat takpe la jugak,ni takde sebab apa pun solat di rumah jugak...memang dayus,bacul,pondan dan bapuk dan semua yang berkaitan betul lah..

. p/s: aku tidak bicara soal fatwa tapi aku bicara soal cinta pada nabi dan amalan nabi.Kalau nak berangan meroyan dalam fb mahukan lelaki soleh sebagai suami la apa la,tukar sikit je ayat tu kepada: "jodohkanlah aku dengan lelaki yang mampu menjadi imam untuk SOLAT JENAZAHKU.".. BARU OWSEM~ *gedebik! sekian sila terasa~

Monday, 24 December 2012

Semua nak ikut nabi,pegila naik unte............?

Persoalan:

1) " Jubah,serban tu semua bukan sunnah nabi,jubah tu budaya orang arab...!kalau nabi diturunkan kat china atau india tentu pakaian diorang nabi pakai...! "

2) " yang sunnah tu cara pakai,bukannya apa yang dipakai,kalau semua nak ikut nabi,pegila naik unte... "

3) " pompuan arab pakai purdah tu sebab kat arab takut pasir kena muka..! "

Ibnu batoota:

1) nabi tiru orang arab ke atau orang arab tiru nabi-nabi allah?kenapa nabi-nabi lain yang bukan arab memakai jubah dan serban?kenapa ada riwayat menyebut malaikat memakai serban dan jubah?seperti nabi isa,mahsyur sekali baginda memakai jubah hinggakan orang kristian pun akui jesus memakai jubah,sebab tu mereka lukis gambar jesus memakai jubah dan paderi mereka juga pakai jubah sedangkan jesus dan majoriti kristian bukannya orang arab???sebenarnya jubah,serban,janggut dan semua yang ada pada nabi tu bukannya budaya arab tapi ia adalah pakaian standard para anbiyya a.s yang dijadikan budaya oleh orang arab kerana pengaruh nabi muhammad yang kuat di tanah arab,ia adalah pakaian tawadhuk dan paling sempurna,selesa dan menutup aurat sepenuhnya.JUJURLAH PADA DIRI!apakah kalian merasa tenang apabila melihat seorang lelaki memakai jubah,serban,berjanggut walaupun pemakainya itu orang biasa?atau kalian lebih tenang dan sejuk melihat seorang lelaki dalam baju kot hitam bertali leher seperti rabbi yahudi walaupun pemakainya itu seorang ustad????kenapa begitu?kerana nur nubuwwah itu terpancar kepada pemakainya dan menyejukkan mata sesiapa sahaja yang melihatnya........

Maka kenapa timbul puak yang cuba untuk jauhkan umat islam dari pemakaian para nabi????
Kenapa mesti agungkan fesyen moden????
Memang lah pakai jubah serban tak wajib dan tidaklah haram memakai t shirt dan jeans sahaja,tapi kenapa mesti berkelakuan seolah-olah pakaian rasulullah dan para anbiya itu tiada nilai dan harga sampaikan ada yang mendakwa ia budaya semata-mata,tak dapat pahala pun....sedangkan segala yang ada pada diri nabi adalah yang terbaik..!
Termasuk pakaian nabi adalah pakaian yang terbaik...!
Kalau pakaian kot dan tali leher itu lebih baik disisi allah,tentu saja allah akan lahirkan nabi muhammad di kalangan mereka...
Kalau baju china dan india lebih baik,tentu saja allah akan takdirkan nabi lahir di kalangan mereka....
Apa secara 'kebetulan' je ke allah lahirkan nabi dikalangan orang arab yang memakai jubah secara adat?
Kebetulan ke????

2) betul,cara pakai juga sunnah,begitu juga apa yang dipakai juga sunnah...cara pakai seperti mulakan dari bahagian kanan,menutup aurat,tiada gambar makhluk bernyawa pada baju,tidak meniru-niru budaya kafir,sopan,kemas,bersih,semua itu insyallah dapat pahala '"cara sunnah pakai pakaian"...bagi yang pakai jubah serban dengan niat mencontohi nabi pula insyallah mendapat pahala "sunnah memakai pakaian nabi..."
Hujah itu benar,tapi jadi masalah bila sengaja nak merendah-rendahkan fesyen anbiya a.s....seolah-olah fesyen-fesyen bodoh zaman sekarang ni lebih baik dari fesyen nabi-nabi....bab naik unte tu,kalau naik unta dengan niat kerana nabi naik unta pun insyallah akan dapat pahala..masalahnya unta susah nak carik,jubah senang je cari,tambahan lagi zaman sekarang dah ada kereta,lebih mudah,jadi naik lah kereta...dalam bab pakaian langsung tak boleh disamakan dengan bab kenderaan,kerana pakaian tak boleh di upgrade seperti mana kenderaan...unta kalau naik,lambat sampai,kalau naik kereta cepat sampai,jadi naik lah kereta sebab ia satu kemudahan,kalau pakaian pulak,apa kejadahnya nak jadi kemudahan lagi?fungsinya menutup aurat,nak upgrade 'kemudahan' nya jadi apa lagi?nak jadi baju iron man?kalau compare kereta dengan unta,maka jubah pon kena compare dengan baju iron man lah........berat nanananananananangggg.....

3)dalam tafsir ibn kathir rah,telah dibawakan kalam saidina ibn 'abbas r.a berkenaan ayat quran: " an yudniina 'alaihinn min jalaabihinna " ( supaya mereka mengenalan ke atas diri mereka akan jilbab mereka )...

Ibn abbas menafsirkan: " allah memerintahkan para wanita mu'min,apabila mereka keluar daripada rumah mereka di dalam keadaan KEPERLUAN/HAJAT (menunjukkan wanita hanya keluar atas hajat/keperluan), supaya mereka MENUTUP WAJAH-WAJAH MEREKA mereka daripada atas kepala mereka dengan jilbab-jilbab dan hanya menampakkan mata sahaja (untuk MELIHAT bukan untuk DILIHAT).... "

Maka dari tafsir seorang sahabat nabi yang merupakan sepupu nabi dan juga seorang mufti dan ahli tafsir di kalangan para sahabat,wajah wanita itu adalah aurat yang wajib ditutup auratnya...maka adalah kebodohan yang sangat melampau melepasi had maksimas apabila ada pihak mendakwa 'purdah tu cuma adat sebab takut pasir...' sedangkan IA WUJUD DALAM SYARI'AT....

(maaf,saya bukan nak bahas hal purdah,tapi cuma nak bagitau yang purdah itu bukan adat tapi ia wujud dalam syariat,maka hentikan dakwaan bodoh yang menyatakan ianya adat semata-mata....sekadar rujukan:berkenaan hal purdah,khilaf ulama mengenainya ada 2 fatwa yang mahsyur iaitu yang pertama,wajah dan tapak tangan itu aurat seperti bahagian aurat yang lain,banyak sekali dalilnya dari quran dan hadis hinggakan ulama mazhab syafie telah memilih ia sebagai fatwa muktamad mazhab seperti yang dibahaskan dalam kitab fathul mu'in.manakala pendapat kedua ialah muka dan tapak tangan bukanlah aurat SELAGI TIDAK MENIMBULKAN FITNAH,maka ia tetap jadi aurat kalau timbul fitnah,fatwa ini mahsyur di dalam mazhab hanafi dan maliki sebagai fatwa muktamad dan terkuat sedangkan fatwa yang sama ini disisi ulama mazhab syafie adalah pendapat daif atau pendapat kedua,dan pendapat kedua inilah yang menjadi pegangan majoriti mufti dan ustad yang mengajarkan wanita bermazhab syafie di malaysia,indonesia kerana bagi mereka wanita malaysia 'belum bersedia' menerima fatwa muktamad memandangkan masih ramai yang rambut-percuma(freehair).)

Monday, 17 December 2012

YA ALLAH...TOLONG LAH BAGI HIDAYAT KAT MAMAT NI.....

Setelah diberitakan tentang adu domba yang dia lakukan kepada maulana razif dan ibn batoota tentang mazhab dan imam bukhari,sekarang beliau spin hujah pulak dari isu fiqh mazhab kepada akidah salaf dan khalaf..aduhai....lepas tu sekali lagi aku kena kononnya hanya akidah khalaf je sahih,akidah salaf pulak batil????

Wei aku dah suruh duduk diam2,kau tak nak..kau tak paham apa aku cakap,kau tak paham aku sedang berhadapan dengan orang awam,sifat 20 dan akidah khalaf yang lain ni adalah KAEDAH MUDAH UNTUK ORANG AWAM MEMAHAMI AKIDAH YANG SAHIH TERUTAMANYA BILA MELIBATKAN AYAT2 MUTASYABIHAAT...bukan bermakna akidah salaf tu SALAH,TAPI KALAU KITA AJAR AKIDAH SALAF KEPADA ORANG AWAM MACAM PAKCIK2 MAKCIK2 KAT KAMPUNG,PENING LA KEPALA DIORANG DAN FIKIRAN MEREKA AKAN CENDERUNG UNTUK MENTAJSIMKAN ALLAH DAN MENTASYBIHKAN ALLAH..

Aku nak terang semua kat fb ni,nanti bertambah lah salah faham orang2 awam kat sini,orang2 awam ni,baca quran pun belum pandai,tajwid pun tunggang langgang,kalau aku bawak perbahasan akidah salaf,khalaf,istbat,tafwidh dan lain2,PECAH LA KEPALA DIORANG BOWL ! ! !

Jadi aku bagi kaedah mudah yang disusun ulama aswj seperti imam asy'ari dan maturidi untuk mudah mereka faham isu akidah,sebab itu makam orang awam..ya allah...

Benda yang aku bagi kat orang awam,tidak bermakna perkara untuk ulama(bukan awam) tu haram..contohnya ikut 4 mazhab tu wajib untuk orang awam sebab mereka bukan mujtahid,tapi tidak wajib bagi mujtahid macam imam bukhari dan lain2 untuk ikut mazhab sebab mereka tu mujtahid...

Sama dalam hal akidah,para salafus soleh seperti para sahabat apabila mereka bertemu dengan ayat mutasyabihat mereka akan guna kaedah tafwidh iaitu menyerahkan maknanya pada allah,tanpa khaif,serahkan bulat2 tanpa istbat seperti wahabi dan salafi,mereka layak guna kaedah tu sebab mereka tu semua PARA SAHABAT YANG FAHAM BAHASA ARAB ASLI DAN FAHAM KEADAAN AYAT TU...

Tapi bila islam dah mula tersebar ke seluruh dunia,orang putih,eropah,turki,india,pakistan,melayu,china ni semua MANA NAK PAHAM BAHASA ARAB,KALAU KITA BAGI AL-QURAN KAT DIORANG DAN DIORANG BACA AYAT2 MUTASYABIHAT SEPERTI "ALLAH BER-ISTAWA(BERSEMAYAM) ATAS ARASY" ATAU "YADD(TANGAN) ALLAH DI ATAS TANGAN-TANGAN MEREKA" tanpa kaedah yang betul,mereka akan faham bahawa "allah itu ada tangan" dan "allah itu duduk" menyebabkan mereka berfikir bahawa allah itu berjisim dan musyabbih dengan makhluk,dan itu dihukum haram dan imam ahmad fatwakan sebagai KAFIR..

Jadi imam asy'ari dan maturidi ni datang selamatkan akidah orang islam dengan membawa akidah kaedah khalaf dan menyusun kaedah seperti sifat 20 untuk mengenal allah secara sahih tanpa menyamakan allah dengan makhluk,bagi kaedah khalaf,"tangan allah" dalam ayat quran tu merujuk kepada "kekuasaan allah",itu takwilan yang bersih dan ini lah akidah yang lebih selamat terutamanya untuk ORANG AWAM....

Jadi kedua2 akidah tu sama2 sahih,tapi bila aku berdepan dengan orang awam,aku akan ajar akidah khalaf sebab aku TAK MAHU PENINGKAN KEPALA DIORANG FIKIR IKHTILAF ANTARA AKIDAH SALAF DAN KHALAF...

YA ALLAH...TOLONG LAH BAGI HIDAYAT KAT MAMAT NI.....

Akidah SALAFI DAN WAHABI pulak berbeza jauh dengan akidah salaf dan khalaf,mereka kononnya ambil akidah salaf dengan tidak menakwil seperti akidah khalaf bahkan mengkafirkan akidah khalaf dan pengikutnya.(Banyak ustad2 wahabi kafirkan pengikut imam asy'ari dan yang belajar sifat 20,kononnya sifat 20 ni hasil ajaran yunani lah apa lah,bodo benar)...Tapi hakikatnya mereka salah paham dengan akidah salaf kerana akidah salaf itu tafwidh bukan istbat seperti akidah salafi..pening tak?nak aku teruskan?kang pecah kepala tu..budak2 wahabi dan salafi talafi ni menyatakan khaif bagi allah sedangkan imam ahmad dah bagitau yang "istiwa'u ma'lum wa kaifiyatu 'anhu marfuq" jadi secara tidak langsung wahabi talafi salafi ni telah menjisimkan allah sebab mereka berkata "allah tu ada tangan(berjisim) tapi tangan allah tak sama macam makhluk(tidak seperti jisim2)"..imam ahmad bin hanbal rah. Telah berfatwa bahawa barangsiapa yang berkata "allah itu berjisim tapi tidak seperti jisim2 maka dia telah kufur."

SEBAB TU LAH AKU LAWAN AKIDAH WAHABI SALAFI TALAFI YANG MANA MEREKA SALAH FAHAM DENGAN AKIDAH SALAFUSSOLEH YANG SEBENAR!

SALAFI SENGAJA MENGGUNAKAN NAMA "SALAFI" SEBAB NAK KELIRUKAN UMAT SIAPAKAH SEBENARNYA SALAFUS SOLEH..
BILA MEREKA GUNA NAMA SALAFI,SO ORANG BODOH AKAN ANGGAP MEREKA NI BENAR SEBAB IKUT GOLONGAN SALAFUS SOLEH,SEDANGKAN GOLONGAN SALAFUS SOLEH YANG SEBENAR JAUH BERBEZA DARI SALAFI-KIR MACAM BUMI DENGAN PLUTO !

KAU PAHAM TAK LAGI?

NAK FITNAH APA LAGI PASAL AKU KAT UST RAZIF?

KAU KECOH LAGI,NANTI MEMBER AKU DATANG TAMPAR MULUT KAU..JAGA2 WEI..

20 Sunnah Rasulullah - Jangan baca je, amal ! :))

Aku ni asyik nak suruh orang amal sunnah sunnah sunnah tapi aku tak bagitau apa benda yang sunnah selain jubah serban purdah dan lain2 tu...

Jadi dengan rendah hati,mari kita muzakarah amalan2 sunnah nabi saw mengikut bab-bab dlm kehidupan nabi...
Kita mulakan dengan amalan sunnah yang berkaitan dengan tandas dulu ok?

1)Sunnah masuk tandas kaki kiri


2)Sunnah baca doa masuk tandas ketika nampak t
andas yakni sebelum masuk.(Haram baca doa selepas dah masuk sebab kalimah allah,muhammad dan ayt2 quran diharamkan disebut dlm tandas)


3)Sunnah memakai selipar ketika dlm tandas


4)Sunnah menutup kepala ktika dlm tandas


5)Sunnah memakai kain basahan ktika mandi(makruh mandi bogel)


6)Sunnah rendahkan badan serendahnya untuk buang air dan cuma buka pakaian bawah ketika badan telah direndahkan(jgn buka masa tgh berdiri)


7)Sunnah buang air dlm keadaan mencangkung


8)Sunnah berdehem 3x selepas buang air kecil


9)Makruh lihat najis


10)Sunnah gunakan dulu benda kesat utk buang najis(seperti tisu) sebelum bahagian kemaluan dibasuh dgn air.


11)Makruh bercakap2 dlm tandas


12)Sunnah menjawab salam dgn berdehem(kalau ada org bagi salam dari luar tandas)


13)Makruh duduk lama2 dlm tandas tanpa hajat.


14)Apa2 idea yg dpt ketika dlm tandas,jangan disyorkan ke dlm mana2 mesyuarat agama kerana dikhuatiri ia idea dari syaitan.


15)Makruh kencing berdiri dan haram jika terpercik ke pakaian atau badan dan akn dpt seksaan kubur


16)Haram kencing dlm air yg tenang


17)Jangan bawa tulisan allah,muhammad atau ayat2 quran.


18)Jika memakai cincin yg tertulis kalimah,maka pusingkan ia ke arah perut tapak tgn dan genggamkan ia.


19)Jika ada ayat2 quran yg dijadikan tangkal lalu dijahit didalam gulungan2 pakaian,maka dibenarkan masuk ke tandas tanpa perlu bukak jahitan itu.


20)Keluar tandas dgn kaki kanan dan baca doa keluar dari tandas.

Cukup 20 sunnah dulu..amal dulu yg ni..jgn asyik cari maklmat je amalnye tidak..hehe.. :)

Golongan niat..?

Golongan makhluk dalam fb yang aku cukup menyampah!

iaitu golongan "niat":

contoh: 

" yang penting NIAT kita ni haa....bukan luaran..."

" aku letak gambar pakai purdah dlm fb ni niat aku bukan nak goda laki,tapi NIAT nak dakwah...nak tarik ramai lagi pakai purdah mcm aku ni haaaa...yang penting niat tuuu...."

"aku buka purdah dalam kelas bukan sebab nak tunjuk kecantikan aku kat budak2 laki dan pensyarah,tapi aku NIAT nak belajar...."

"tak pe aku nak pakai purdah on off,tak berdosa pun,sebab aku NIAT sunat bukan niat wajib..."

"apa kau tahu pasal NIAT aku?suka2 kau nilai aku,suka hati aku lah nak letak gambar ke tak..."

"aku pakai tudung tapi berfesyen2 moden mcm ni NIAT aku baik,aku nak tunjukkan yang islam ni tak berfikiran sempit,allah nilai niat,bukan perbuatan..."

"aku kawan dengan laki (bukan mahram) tu NIAT aku sebab nak tarik dia minat kepada islam,sebab budak tu teruk,tapi dia dengar cakap aku bila aku cakap pasal agama...."

dan macam-macam lagi lah komen2 NIAT yang memedihkan mata...
pergi mampus dengan niat-niat korang tu,lepas ni korang pegi makan babi niat kambing ok??

islam agama yang pentingkan niat tapi islam bukan agama yang segalanya halal asalkan niat baik???

fahaman nabi,para sahabat,tabi'in,tabi' tabi'in,muhaddis dan semua ulama tentang NIAT adalah sangat jauh berbeza dengan makhluk2 niat di malaysia ni....

aku belajar hadis "innama'amaalu bin niyyat" (sesungguhnya amal itu tergantung niatnya) selama 30 hari tanpa henti,hadis yang sama tapi setiap hari syarahnya berbeza,dan dari pelajaran itu,kefahaman 'niat halalkan cara' ni tak pernah sekali-sekali wujud dalam islam,ia adalah bida'ah baru dalam masyarakat kita yang dipopularkan oleh golongan islam liberal yang cuba halalkan apa yang diharamkan allah atas nama 'niat'.

apa pendapatmu jika bakal suamimu sering menonton video lucah dengan 'niat' ingin belajar cara jimak yang boleh menggembirakan isteri nanti?

apa pendapatmu jika seorang lelaki yang ingin bekerja sebagai tukang sembelih tapi sembelih kambing orang dengan 'niat' nak belajar cara sembelih yang betul?

apa pendapatmu sekumpulan perompak merompak rumah orang dengan 'niat' duit tu untuk bantu anak2 yatim yang miskin?

note: kan dah kena bom...depan aku jangan dok nak 'niat-niat-niat'....

Bukan menyesatkan Imam Bukhari !

Ya allah..maaf lah aku terpaksa online balik,sebab masih ada pepijat yang dah-la-tak-faham lepas tu buat-buat-paham tapi hakikatnya dia-salah-faham lepas tu dia laga2kan dan timbulkan keraguan dalam masyarakat.so biar aku jawab apa benda yang benak sangat mamat tu nak faham dan dia bertanggungjawab untuk hapuskan salah faham ni:

1)Ada la sorang mamat ni nak jadi hero malaya pi report pasal "ibnu batoota" kat maulana razif salah seorang guru agama yang mulia di madrasah sri petaling,dah tu dia ngadu domba dengan tidak memberitahu keadaan sebenar dan terus buat keputusan kononnya si penyusun selipar kat masjid sri petaling yang bodoh macam anjing ni telah memfatwakan bahawa imam a'zom muhaddis terulung imam bukhari rah. sebagai SESAT atas alasan beliau yang mulia tidak mengikuti mazhab syafi'e atau 3 mazhab yang lain,katanya "ibnu batoota" ni fatwakan semua yang tak ikut 4 mazhab ni sesat.WALLAHI BUDAK NI MEMANG MANGKUK AYUN...so maulana razif pun mestilah tak setuju(tak kan dia nak setuju kot???).

Jawapan comel dari ku:

1)Imam bukhari tu memang la tak ikut 4 mazhab sebab beliau tu MUJTAHID YANG LAYAK KELUARKAN HUKUM SENDIRI jadi beliau tidak perlu ikut mana2 mazhab sebab beliau LAYAK UNTUK TIDAK IKUT.walaubagaimana pun!mana ada manusia lahir2 jadi mujtahid????manusia ni ada dua jenis je,yang pandai namanya mujtahid(yang layak keluarkan hukum),yang bodo macam kita ni namanya muqallid(yang mengikuti hukum yang dikeluarkan mujtahid sebab kejahilan tidak mampu jadi mujtahid),imam bukhari ni tentu pernah jadi "muqallid" jugak sebelum beliau jadi "mujtahid",sama seperti 4 imam mazhab asalnya mereka itu muqallid lepas tu jadi mujtahid,syaikh taqiyuddin dan syaikh nawwa siddiq hassan khan telah nyatakan dalam kitab mereka bahawa sebelum imam bukhari jadi mujtahid,beliau bertaqlid kepada MAZHAB SYAFIE sebab tu nama imam bukhari ada dalam kitab tobaqot asy-syafi'ieyyah sebagai ulama syafi'eyyah,paham???KALAU KAU TUDUH AKU SESATKAN IMAM BUKHARI SEBAB TAK IKUT 4 MAZHAB,habis tu aku nak cakap macam mana kat orang awam?aku nak suruh diorang ikut "mazhab bukhari"?aku cabar kau tengok kalau boleh carik kat aku satuuuu je kitab FIQH MAZHAB BUKHARI...ada?tak da?kalau tak da,macam mana aku nak ajar orang awam fiqh imam bukhari?kalau dah tau pasal fiqh imam bukhari tak dibincangkan disini dan tak releven utk diamalkan sebab ia tak wujud untuk diajarkan,so kenapa kau timbulkan pasal imam bukhari?benak benak..

2)Status aku yang dia adu dombakan tu tentang "kaedah untuk mengenali ilmu yang sahih"(check la status2 aku yang lepas) yang mana aku suruh semua orang ikut salah SATU dari 4 mazhab itu ADALAH KAEDAH UNTUK ORANG AWAM BUKAN UNTUK MUJTAHID,benak benar nak paham pastu nak jadi hero,hello!yang baca status aku ni semua ORANG AWAM,jadi aku bagi kaedah mudah paham untuk mereka AMALKAN,kalau nak perincikan,memang bukan 4 mazhab je yang wujud dalam islam,kita ada beratus2 mazhab YANG SAHIH dalam islam yang diasaskan oleh para mujtahid dari kalangan tabi'in dan tabi' tabi'in seperti mazhab AUZA'IE,IBRAHIM NAKH'IE,SUFYAN THAURI,ABU THAUR,ISHAQ RAWAIH,WAKI' IBN JARRAH,LAITH IBN SA'AD,HASAN BASRI,AYYUB SAKHTIYANI,SALIM IBN ABDULLAH,SAID BIN MASRUQ,HAMMAD,IBN ABI LAYLA,DAUD ZAHIRI DAN RAMAAAAI LAGI !jadi semua imam-imam mazhab ni sesat ke sebab tak ikut 4 mazhab?cetek benar otak mu...kau tak ikut perkembangan aku,kau baca status aku satu je terus hukum aku bukan2,kau kena tengok apa perjuangan aku dan sapa yang aku tentang,apa yang aku sampaikan dalam fb adalah pada makam awam yang telah dringkaskan untuk mudah faham,cukup lah bagi 4 mazhab je sebab 4 mazhab ni je yang masih lengkap dan paling mahsyur sampai sekarang,mazhab2 yang lain aku tak sebut sebab tidak releven lagi untuk diamalkan sebab ia SUDAH PUPUS,dalam kitab kalamul mufid oleh allamah burhanuddin al-maliki,kitab ibn khaldun dan kitab imam subki telah nyatakan secara jelas bahawa mazhab2 ini telah pupus dan tinggal sebahagian2 kecil je fiqh mereka yang tak lagi sesuai diamalkan sebab tak lengkap.

3)dan perkataan "ulama"(siap ada kurungan lagi aku buat dalam status tu sebagai tanda perlian) dalam status tu pula merujuk kepada "ulama2 muda" zaman sekarang yang menolak mazhab sebab perasan dah sampai tahap mujtahid seperti "ulama muda" umno,ulama2 wahabi,ulama2 muktazilah,syiah,ulama modernis dan lain2 yang terkeluar dari aswj,sebab sekarang terlampau banyak fatwa2 pelik berlegar dalam masyarakat,sampai ada yang minum arak aku tegur dia cakap TAK APEEEE,AKU BACA DALAM KITAB FIQH DR.************* YANG MINUM ARAK TU HARUS SELAGI TAK MABUK!aku nak buat macam mana?bila aku kritik mana2 ulama akhir zaman punya fatwa pelik,nanti ada mangkuk ayun meroyan,"wei bateteeeoouu,ko ni lagi alim ke dari ulama tu?"

...jadi aku nak buat macam mana?aku nak cakap,"haaa betulll arak halal,jual babi halal,pegang pmpuan halal,kat palestin tak de jihad,pmpuan haid masuk lah masjid sesuka hati,nak break dance,nak gangnam dalam tu pun boleh!sebab ada ulama hebat fatwa cakap boleh!" Kau nak aku cakap macam tu?aku lebih rela kepala aku bersepai kena tembak dengan bazooka daripada aku setuju dengan fatwa2 pelik tu!nak berlapang dada dan raikan pendapat pun ada had2 nya!aku nak selamatkan umat awam dari fahaman2 sesat tu,jadi aku bagi kaedah mudah untuk mereka amal,kalau aku suruh mereka ikut mazhab auza'ie,mana diorang nak belajar???kat malaysia ni dah comel dah belajar mazhab syafie,teruskan lah yang tu,buat apa nak keliru2 ikut "ULAMA MODEN" "ULAMA KONTEMPORARI" dan sebagainya yang kebanyakannya fikiran mereka dicemari fahaman sesat wahabi dan lain2...maksud "ulama" dalam status aku tu bukan merujuk kepada ulama2 besar yang MUJTAHID sebab mereka dibebaskan dari menjadi muqallid sebab mereka BUKAN ORANG AWAM ! UNTUK ORANG AWAM PULAK,WAJIB IKUT 4 MAZHAB NI JE UNTUK ELAK KEKELIRUAN AGAMA YANG MELAMPAU SEPERTI YANG BERLAKU PADA ORANG WAHABI/SALAFI DAN KUTU2NYA.Cuba korang tengok macam ustaz azhar idrus,beliau bagi fatwa semuanya ikut mazhab syafie je,biar semua selaras,senang cerita,tak ada keliru2,cuma beberapa masalah terpencil je kadang2 ustaz azhar amek qaul mazhab lain dan dia perjelaskan!begitu juga ust kazim elias dan pejuang2 ahli sunnah wal jamaah yang lain,mereka lebih pentingkan kefahaman yang selaras untuk orang awam..kalau kau nak cakap pasal khilaf 100 mazhab,inbox la aku,tak payah nak tunjuk hebat cakap depan orang awam.

imam haromain rah. telah berkata:

"Telah ijma'(sepakat) para ahli tahqiq bahawa ORANG AWAM TIDAK DIBENARKAN untuk berpegang kepada mana2 mazhab tertentu dari kalangan sahabat nabi r.hum.tetapi mereka HENDAKLAH MENGIKUTI salah satu dari 4 mazhab yang mahsyur kerana mereka telah MENAPIS,MENGKAJI DAN MENYUSUN BAB-BAB di samping menyebut kedudukan masalah,dan mereka menerangkan jalan2 kajian juga menyusun atur segala masalah agama lalu menghimpunkannya(dalam satu mazhab) untuk mudah difahami orang awam."

Imam ibnu solah rah. pula berkata:

"WAJIB mengikuti kepada mana2 mazhab imam yang 4 dan BUKAN SELAINNYA kerana mazhab imam yang 4 ini telah mahsyur,tersebar luas dan diketahui ikatannya yang mutlak(yakni diketahui sanad mereka sampai rasulullah),takhsis yang umum dan juga tersebar segala cabangnya,tidak seperti mazhab yang lain(yang tidak lengkap)."

Syeikh sulaiman al-bujairimi asy-syafi'e pula berkata:

"Tidak harus(haram) mengikuti selain daripada imam yang 4 pada masalah fatwa dan mahkamah."

Syeikh ramadhan al-buti pula memfatwakan bahawa wajib ikut salah satu dari 4 mazhab kerana mazhab2 ini sudah terbukti kebenarannya selama RATUSAN TAHUN dan diyakini sanadnya sahih sampai kepada rasulullah.

So imam2 besar ni semua SESAT KE SEBAB MENGIKUT PANDANGAN KAU,ORANG YANG WAJIBKAN IKUT 4 MAZHAB NI TELAH MENYESATKAN IMAM BUKHARI?

KESIMPULAN: engkau ni sebenarnya jeles kat aku ke apo?kalau kau nak jadi femes,kau menggedik la dalam fb macam aku ni ha,kejap lagi kau pun femes,kau tak perlu nak jatuhkan orang lain dengan menabur fitnah,ngadu domba dan laga2kan orang lain,dah tu kau libatkan pula ustaz2 dari sri petaling dalam hal ni?dah tu bagi info kat diorang pun salah,mana diorang tak marah kat aku?sebab diorang salah faham kat aku sebab kau cerita bukan2 kat diorang,cerita separuh2 tak full.kat madrasah s.petaling sendiri ajar mazhab syafie,cube tanya diorang kenapa tak ajar mazhab lain?kenapa tak ajar mazhab bukhari?diorang anggap imam bukhari tu sesat juga ke macam kau anggap?baik ko tepon balik maulana razif dan jelaskan hal sebenar lepas tu ko duduk diam2..ok?

Come on lah wei..bagi lah aku rehat.... (T_T)

Kalau tak faham,buat la cara tak faham..ni tidak,dah la salah faham,pastu sebarkan salah faham supaya orang lain pun salah faham,lain kali kalau tak faham,TANYA!!!!bukannya laga-lagakan sesama muslim dan sesama ulama...

Dah la wei..aku banyak keje la mangkok!kalau aku tak jawab,nanti ramai salah faham sebab korang sebarkan fitnah,kalau aku layan,masa aku terbuang pulak,so korang dok diam2 boleh tak?pergi la utube tengok cerita naruto ke,one piece ke,dragon ball ke,jangan lah kacau aku...haih..

Offline...!