Monday, 17 December 2012

YA ALLAH...TOLONG LAH BAGI HIDAYAT KAT MAMAT NI.....

Setelah diberitakan tentang adu domba yang dia lakukan kepada maulana razif dan ibn batoota tentang mazhab dan imam bukhari,sekarang beliau spin hujah pulak dari isu fiqh mazhab kepada akidah salaf dan khalaf..aduhai....lepas tu sekali lagi aku kena kononnya hanya akidah khalaf je sahih,akidah salaf pulak batil????

Wei aku dah suruh duduk diam2,kau tak nak..kau tak paham apa aku cakap,kau tak paham aku sedang berhadapan dengan orang awam,sifat 20 dan akidah khalaf yang lain ni adalah KAEDAH MUDAH UNTUK ORANG AWAM MEMAHAMI AKIDAH YANG SAHIH TERUTAMANYA BILA MELIBATKAN AYAT2 MUTASYABIHAAT...bukan bermakna akidah salaf tu SALAH,TAPI KALAU KITA AJAR AKIDAH SALAF KEPADA ORANG AWAM MACAM PAKCIK2 MAKCIK2 KAT KAMPUNG,PENING LA KEPALA DIORANG DAN FIKIRAN MEREKA AKAN CENDERUNG UNTUK MENTAJSIMKAN ALLAH DAN MENTASYBIHKAN ALLAH..

Aku nak terang semua kat fb ni,nanti bertambah lah salah faham orang2 awam kat sini,orang2 awam ni,baca quran pun belum pandai,tajwid pun tunggang langgang,kalau aku bawak perbahasan akidah salaf,khalaf,istbat,tafwidh dan lain2,PECAH LA KEPALA DIORANG BOWL ! ! !

Jadi aku bagi kaedah mudah yang disusun ulama aswj seperti imam asy'ari dan maturidi untuk mudah mereka faham isu akidah,sebab itu makam orang awam..ya allah...

Benda yang aku bagi kat orang awam,tidak bermakna perkara untuk ulama(bukan awam) tu haram..contohnya ikut 4 mazhab tu wajib untuk orang awam sebab mereka bukan mujtahid,tapi tidak wajib bagi mujtahid macam imam bukhari dan lain2 untuk ikut mazhab sebab mereka tu mujtahid...

Sama dalam hal akidah,para salafus soleh seperti para sahabat apabila mereka bertemu dengan ayat mutasyabihat mereka akan guna kaedah tafwidh iaitu menyerahkan maknanya pada allah,tanpa khaif,serahkan bulat2 tanpa istbat seperti wahabi dan salafi,mereka layak guna kaedah tu sebab mereka tu semua PARA SAHABAT YANG FAHAM BAHASA ARAB ASLI DAN FAHAM KEADAAN AYAT TU...

Tapi bila islam dah mula tersebar ke seluruh dunia,orang putih,eropah,turki,india,pakistan,melayu,china ni semua MANA NAK PAHAM BAHASA ARAB,KALAU KITA BAGI AL-QURAN KAT DIORANG DAN DIORANG BACA AYAT2 MUTASYABIHAT SEPERTI "ALLAH BER-ISTAWA(BERSEMAYAM) ATAS ARASY" ATAU "YADD(TANGAN) ALLAH DI ATAS TANGAN-TANGAN MEREKA" tanpa kaedah yang betul,mereka akan faham bahawa "allah itu ada tangan" dan "allah itu duduk" menyebabkan mereka berfikir bahawa allah itu berjisim dan musyabbih dengan makhluk,dan itu dihukum haram dan imam ahmad fatwakan sebagai KAFIR..

Jadi imam asy'ari dan maturidi ni datang selamatkan akidah orang islam dengan membawa akidah kaedah khalaf dan menyusun kaedah seperti sifat 20 untuk mengenal allah secara sahih tanpa menyamakan allah dengan makhluk,bagi kaedah khalaf,"tangan allah" dalam ayat quran tu merujuk kepada "kekuasaan allah",itu takwilan yang bersih dan ini lah akidah yang lebih selamat terutamanya untuk ORANG AWAM....

Jadi kedua2 akidah tu sama2 sahih,tapi bila aku berdepan dengan orang awam,aku akan ajar akidah khalaf sebab aku TAK MAHU PENINGKAN KEPALA DIORANG FIKIR IKHTILAF ANTARA AKIDAH SALAF DAN KHALAF...

YA ALLAH...TOLONG LAH BAGI HIDAYAT KAT MAMAT NI.....

Akidah SALAFI DAN WAHABI pulak berbeza jauh dengan akidah salaf dan khalaf,mereka kononnya ambil akidah salaf dengan tidak menakwil seperti akidah khalaf bahkan mengkafirkan akidah khalaf dan pengikutnya.(Banyak ustad2 wahabi kafirkan pengikut imam asy'ari dan yang belajar sifat 20,kononnya sifat 20 ni hasil ajaran yunani lah apa lah,bodo benar)...Tapi hakikatnya mereka salah paham dengan akidah salaf kerana akidah salaf itu tafwidh bukan istbat seperti akidah salafi..pening tak?nak aku teruskan?kang pecah kepala tu..budak2 wahabi dan salafi talafi ni menyatakan khaif bagi allah sedangkan imam ahmad dah bagitau yang "istiwa'u ma'lum wa kaifiyatu 'anhu marfuq" jadi secara tidak langsung wahabi talafi salafi ni telah menjisimkan allah sebab mereka berkata "allah tu ada tangan(berjisim) tapi tangan allah tak sama macam makhluk(tidak seperti jisim2)"..imam ahmad bin hanbal rah. Telah berfatwa bahawa barangsiapa yang berkata "allah itu berjisim tapi tidak seperti jisim2 maka dia telah kufur."

SEBAB TU LAH AKU LAWAN AKIDAH WAHABI SALAFI TALAFI YANG MANA MEREKA SALAH FAHAM DENGAN AKIDAH SALAFUSSOLEH YANG SEBENAR!

SALAFI SENGAJA MENGGUNAKAN NAMA "SALAFI" SEBAB NAK KELIRUKAN UMAT SIAPAKAH SEBENARNYA SALAFUS SOLEH..
BILA MEREKA GUNA NAMA SALAFI,SO ORANG BODOH AKAN ANGGAP MEREKA NI BENAR SEBAB IKUT GOLONGAN SALAFUS SOLEH,SEDANGKAN GOLONGAN SALAFUS SOLEH YANG SEBENAR JAUH BERBEZA DARI SALAFI-KIR MACAM BUMI DENGAN PLUTO !

KAU PAHAM TAK LAGI?

NAK FITNAH APA LAGI PASAL AKU KAT UST RAZIF?

KAU KECOH LAGI,NANTI MEMBER AKU DATANG TAMPAR MULUT KAU..JAGA2 WEI..

No comments:

Post a Comment