Monday, 17 December 2012

20 Sunnah Rasulullah - Jangan baca je, amal ! :))

Aku ni asyik nak suruh orang amal sunnah sunnah sunnah tapi aku tak bagitau apa benda yang sunnah selain jubah serban purdah dan lain2 tu...

Jadi dengan rendah hati,mari kita muzakarah amalan2 sunnah nabi saw mengikut bab-bab dlm kehidupan nabi...
Kita mulakan dengan amalan sunnah yang berkaitan dengan tandas dulu ok?

1)Sunnah masuk tandas kaki kiri


2)Sunnah baca doa masuk tandas ketika nampak t
andas yakni sebelum masuk.(Haram baca doa selepas dah masuk sebab kalimah allah,muhammad dan ayt2 quran diharamkan disebut dlm tandas)


3)Sunnah memakai selipar ketika dlm tandas


4)Sunnah menutup kepala ktika dlm tandas


5)Sunnah memakai kain basahan ktika mandi(makruh mandi bogel)


6)Sunnah rendahkan badan serendahnya untuk buang air dan cuma buka pakaian bawah ketika badan telah direndahkan(jgn buka masa tgh berdiri)


7)Sunnah buang air dlm keadaan mencangkung


8)Sunnah berdehem 3x selepas buang air kecil


9)Makruh lihat najis


10)Sunnah gunakan dulu benda kesat utk buang najis(seperti tisu) sebelum bahagian kemaluan dibasuh dgn air.


11)Makruh bercakap2 dlm tandas


12)Sunnah menjawab salam dgn berdehem(kalau ada org bagi salam dari luar tandas)


13)Makruh duduk lama2 dlm tandas tanpa hajat.


14)Apa2 idea yg dpt ketika dlm tandas,jangan disyorkan ke dlm mana2 mesyuarat agama kerana dikhuatiri ia idea dari syaitan.


15)Makruh kencing berdiri dan haram jika terpercik ke pakaian atau badan dan akn dpt seksaan kubur


16)Haram kencing dlm air yg tenang


17)Jangan bawa tulisan allah,muhammad atau ayat2 quran.


18)Jika memakai cincin yg tertulis kalimah,maka pusingkan ia ke arah perut tapak tgn dan genggamkan ia.


19)Jika ada ayat2 quran yg dijadikan tangkal lalu dijahit didalam gulungan2 pakaian,maka dibenarkan masuk ke tandas tanpa perlu bukak jahitan itu.


20)Keluar tandas dgn kaki kanan dan baca doa keluar dari tandas.

Cukup 20 sunnah dulu..amal dulu yg ni..jgn asyik cari maklmat je amalnye tidak..hehe.. :)

No comments:

Post a Comment