"Ostad,macam mana nak tau sesuatu ilmu agama tu sahih ke tak?sekarang kan macam2 fahaman,ustaz2 pun ramai bawak ajaran pelik,kami yang awam ni jadi confuse nak ikut mana satu???mana satu yang perlu kita ikut ni???"
Saya nak terangkan semua memang penat,jadi allah ilhamkan saya supaya bagi jawapan dalam bentuk kaedah yang mana kal
au kalian rasa ilmu kalian dapat tu bercanggah dengan kaedah yang diberi,maka ilmu itu patut ditolak:
1)Dalam hadis nabi nyatakan umat akhir zaman akan berpecah 73 puak,72 masuk neraka,satu jemaah je masuk syurga iaitu AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH(aswj).Jadi hanya fatwa dari aswj sahaja yang wajib kita pegang dan haram kita tinggal.

2)72 golongan sesat tu dapat dikenali apabila ciri2 aswj tidak wujud dalamnya.
3)Ciri2 aswj dari segi akidah:berpegang pada 2 mazhab akidah iaitu mazhab al-asy'ai atau al-maturidi,kalau di malaysia,pengajian akidah sifat 20 adalah akidah yang sahih kerna ia disusun oleh 2 imam ini.
4)Ciri2 aswj dari segi fiqh:berpegang pada 4 mazhab fiqh iaitu mazhab hanafi,maliki,syafie,hanbali,j adi selain dari mereka,dan jika ada 'ulama' yang bagi fatwa bercanggah dengan fatwa 4 mazhab ni(seperti dalam status lepas),maka fatwa itu tertolak.
5)Ciri2 aswj dari segi tasawwuf:berpegang pada 2 mazhab tasawuf iaitu mazhab al-ghazali dan al-baghdadi.Jika ada yang mendakwa ilmu tasawuf ni haram atau seangkatan dengannya,maka dia terkeluar dari aswj.
6)Fahaman sesat seperti syiah,wahabi,salafi,muktazilah ,jabariah,murjiah,qadiriah,hul ul,wihdatul wujud,tasahhul dan banyak lagi adalah gerakan yang tidak memenuhi ciri di atas dan terkeluar dari aswj.
7)Ulama2 kontemporari,kita hormati tetapi tidak ditaati jika ia menyimpang dari aswj,tapi kalau menyimpang dari aswj,ulama itu kita tolak walau sehebat mana pun namanya di mata dunia.
8)Ramai manusia masih jahil tentang cara beramal dengan perkara khilaf,ramai yang cakap,'ala khilaf semua ni,kita pilih je mana suka..semua betul'..Sebenarnya setiap perkara khilaf akan ada penyelesaian dalam mazhab masing2,sebab dalam setiap mazhab ada kumpulan ulama yang dinamakan "ashabur rajih" iaitu yang mengkaji perkara khilaf tadi dan klasifikasikan yang mana fatwa daif dan yang muktamad,contohnya 1000 ulama dalam mazhab syafie fatwakan A HARAM,tapi ada 20 ulama dalam mazhab syafie cakap A tu HALAL,maka fatwa haram akan dijadikan fatwa muktamad tapi ada kelonggaran utk amal fatwa daif jika darurat,contohnya seperti hukum purdah dalam mazhab syafie,fatwa muktamad yang dibahaskan imam ibn hajar haitami rah. ialah wajib,fatwa daifnya pula wajib hanya jika timbul fitnah,jadi fatwa muktamad diutamakan,fatwa daif diharuskan dalam darurat(seperti halangan ibu bapa,unversti,kerajaan,lemah iman dan lain2)
Sekian dulu kaedah untuk kali ni,otak saya tengah jem,kalau ada lagi saya ingat,insyallah saya sampaikan..
Jadi kalau ilmu2 yang kalian kutip dari internet sebab malas nak berguru tu,check dulu jika ianya bertetapan dengan aswj,baru ilmu tu boleh dipercayai...wallahualam...
Note: aku nak tidur la...dah jam 3 pagi ni...

No comments:
Post a Comment