Monday, 17 December 2012

Kaedah mengetahui ilmu mana yang sahih dan boleh diamalkan

Kaedah mengetahui ilmu mana yang sahih dan boleh diamalkan:

Situasi: mat berjalan2 dalam internet lalu terbaca artikel islamik,isinya sangat hebat,tapi fatwa dalamnya meragukan sebab ia tidak pernah didengari sebelum ini contohnya penulis tu halalkan perkara A,mat pun pening sebab dia dengar ceramah ust azhar idurs kata perkara A tu haram?dan UAI cakap itu ijmak ulama 4 mazhab?dalam artikel tu pu

lak macam2 dalil dia bagi,dan dalil2 imam didaifkan,jadi macam mana ni?pening laaahh...

Kaedah 1 : 4 imam mazhab berserta ratusan ribu ulamanya ialah kelompok ahli sunnah wal jamaah (aswj),jadi hanya fatwa mereka sahaja yang diterima kerana hanya mereka sahaja yang punyai sanad ilmu yang sampai kepada rasulullah.


Kaedah 2 : kalau ada yang dakwa dalil yang dipakai ulama 4 mazhab tu daif,maka pendapatnya ditolak sebab zaman muhaddisin(ahli hadis yang klasifikasikan hadis kepada sahih,hasan,daif dll) tu datang selepas zaman imam 4 mazhab.


Kaedah 3 : Para imam mazhab adalah tabi'in dan tabi' tabi'in,jadi mereka lah yang paling dekat dengan zaman nabi dan hadis yang dtg kepada mereka sahih,tapi MUNGKIN jadi daif pada zaman ini kerana perawi2 yang banyak antara nabi dan ulama zaman ini,jadi kita tak boleh tolak hujah imam 4 mazhab sebab kalau sesebuah hadis tu jadi hujah mereka,ia konfem sahih,walaupun ulama datang lepas tu cakap daif.


Kaedah 4 : kita hanya ikut ulama tradisional sahaja kerana jelas sekali qabuliyyat(penerimaan allah) terhadap mereka,sedangkan ustaz2 baru yang datang mengelirukan umat ni kita tolak sejauh2 nya,selagi fatwa ulama baru tidak bercanggahan dengan fatwa lama dari ulama dulu,maka ia diterima.


Kaedah 5 : Orang yang keluarkan fatwa tapi bercanggah dengan imam mazhab maka fatwanya kita jangan amal dan suruh ulama tu simpan untuk anak bini dia je sebab ulama2 baru bukan mujtahid yang layak istinbatkan hukum dari nas seperti para imam mazhab.Kalau semua layak keluar fatwa,lepas ni tukang kebun pun nak jadi mufti (seperti orang2 wahabi yang menolak imam mazhab lalu mereka keluarkan fatwa sendiri,hinggakan kat malaysia ni,ada kapten kapal terbang yang jahil agama pun tulis kitab pasal hadis lah,mustolah hadis lah,dan bahas mcm2 hukum,tak ke gila tu?nabi dah pesan akhir zaman ni urusan2 agama akan diambil alih oleh bukan ahlinya menyebabkan umat rosak dan keliru,orang awam jadi mangsa sebab kebodohan2 mereka.)


Kaedah 6 : Hanya perkara baru yang belum ada fatwanya dari 4 imam mazhab je layak untuk seseorang mufti keluarkan fatwa berkenaannya dengan syarat mesti mengikuti usul2 mazhab,contohnya hukum main fb,zaman imam syafie dulu tak de fb,jadi ulama zaman sekarang boleh fatwakan hal2 mcm tu dan kita terima.


Kaedah 7 : tapi untuk perkara yang SUDAH SELESAI DIBAHAS seperti hukum purdah,hukum haid masuk masjid,hukum nyanyian,hukum muzik dan lain2,maka kalau ada ulama baru nak "bagi pendapat",kita suruh ulama tu simpan pendapat dia dalam laci rumah dia,kami tak perlukan dia sebab kami ada ulama2 dulu yang lebih suci,warak,alim daripada dia...sruh dia pergi main jauh2..jangan jadi virus dalam umat..


Kaedah 8 : bergurulah dengan manusia bukan dengna mesin,sebab berguru dengan mesin ni sanadnya tak sampai rasulullah dan menyesakan,sebab tu zman dulu tak de pun internet tapi ilmu mereka ckup hebat dan tak berlaku kerosakan macam sekarang,tapi zaman sekarang ada internet,data di hujung jari,tak payah susah2 naik unta bermusafir berbulan2 untuk satu hadis macam orang dulu,tapi tetap orang zaman sekarang lah menang dalam pertandingan "sapa paling jahil" antara umat zaman internet dengan umat zaman talaqqi...








-Ibnu Batoota-

No comments:

Post a Comment