Monday, 17 December 2012

Status serang balas roket jarak jauh.....

ppphhhiiiuuuuuuuu...(bunyi roket)

roket membawa mesej:

Ada pahlawan keyboard rancak mengumpat mengutuk mengebom meroket jarak jauh saya kaw-kaw punya kat wall dia yang berjaya menarik likes sebanyak 40 likes lebih..hik hik hik......samPai bila dia nak tegak benang basah pun tak tau la.....apa punya cetek otak tak dapat paham mesej yang orang nak sampaik

an pastu terus pukul rata atas alasan saya yang "pkul rata" terhadap semua niqobis? :D

oh tidak~

hero malaya yang cuba mempertahankan niqobis2 miang telah mendapat sambutan baik dikalangan niqobis2 yg terasa...tapi niqobis2 yang baik2 lagi terhormat contohnya:

1) yang tak upload gambr langsung,letak gambar kartun je.kerana faham diri mereka untuk tatapan suami sendiri bukan suami orang.(paling baik)
2)upload gambr berpurdahnya/tanpa purdahnya tapi hanya private untuk rakan-rakan wanita sahaja.(juga baik,tiada ruang fitnah)
3)tangkap gambr jauh-jauh sampai tak ade ruang untuk setan goda penonton yang bukan suaminya.(sebab tu gambr niqabis yang amek gambar jauh2 ni tak de kucing jantan/ustaz "cinta" pon cakap "subhanallah,ini lah wanita solehah~" auuuuwww). (baik)
4)tangkap gambar beramai2 dengan keluarga dan gambarnya jauh sampai kalau tengok pon langsung tak datang fikiran kotor.(mungkin sebab gambar bapaknya ada kat situ,terus jatuh nafsu nak komen2 "ini lah wanita solehah yang kucari2" auuuwwww~) (baik)

golongan mulia terhormat ini langsung tak amek port dengan salakan hero malaya pejuang niqobis miang yang bermati-matian mengutuk ibnu batoota dalam wall nya,menang sorak sendiri.... :D

kerana mereka(pejuang niqobis terhormat) juga merasa jijik dan malu dengan pejuang2 niqobis miang yang pose maut dalam fb,tunjuk taik mata,pastu layan laki dalam komen gambarnya,engkau lah imam ku,aku lah makmum kau...pale hotok mu...

kenapa ye golongan niqabis nak-dilihat-tapi-taknak-dilihat sering diserang?(disamping golongan nak-dilihat-tanpa-hipokrit juga diserang)

kerana golongan niqabis ialah golongan yang berharga,dalam sebuah pokok,ada 100 buah,80 rosak hancur kena makan dengan serangga sebab tak dibalut,tinggal 20 yang masih cantik berbalut tapi menggoda2 serangga datang walaupun berbalut,serangga2 pun dah mula langkah2 awal untuk merosakkan buah cantik berbalut tadi dengan godaan "ini lah wanita solehah,calon isteri yang baik....",dengan miangnya buah menjawab,"eh takde lah,biasa2 je...semuanya dari allah..." auuwww....maka saya sebagai farmer yang risau buah2 cantik indah berbalut tadi mula diberi perhatian para serangga,maka saya tambah lagi balutan yang ada agar selamat dari serangga2 tu...jika balutan pertama(jubah+purdah+tudung labuh) tidak berjaya menangkis serangan serangga2 durjana maka kita kena bagi balutan kedua (delete/private gambar) agar serangga2 semua kecewa lalu beransur pergi.....

tujuan islam wajibkan tutup aurat untuk menjaga maruah wanita,SUPAYA MEREKA TIDAK DIGANGGU seperti yang diterangkan dalam quran tentang ayat Hijab....
tapi hari ni para wanita kita terang-terangan DIGANGGU dan kita masih berdiam diri?

fatwa memang fatwa,tak da sapa ingkar fatwa kata harus letak gambar,apa yang harus dilihat di alam realiti,harus pula dilihat di alam maya,tapi saya cabar mana2 ulama adakah masih harus hukumnya jika gambar yang di upload itu mengundang fitnah?

bukankah komen2 miang jantan betina antara jantan alim kucing dengan perempuan purdah itu lebih dahsyat fitnahnya dan lebih memalukan islam daripada gambar yang seksi seksa seksu?

kalau nabi tengok keadaan itu apakah nabi akan gembira melihat para niqobis menjadi model tatapan jutaan lelaki pastu ada komen2 miang tapi dianggap suci kerana ada kalimah "subhanallah" "alhamdulillah" "masya allah"???

fatwa tetap fatwa tapi harus difahami fatwa itu kadar minimum amalan seseorang,apa yang saya perjuangkan pula ialah adab...
fatwa menyatakan aurat lelaki dari pusat sampai lutut...
tapi adakah saya dikira sewel kalau pergi ke masjid untuk solat hanya dengan seluar pendek yang menutupi lutut sampai pusat?
kalau orang cela saya,saya akan hentam balik dengan berkata:

"bodo la kau ni!tak belajar agama ke?kan ulama dah bahas aurat laki dari lutut sampai pusat je...lu nak kecoh2 aphal?"

siapa yang bodo sekarang?

begitu juga qiasnya untuk para niqobis,berniqab itu sendiri tujuannya untuk sembunyikan diri dari lelaki bkn mahram dan fitnahnya,walaupun fatwanya boleh tapi adakah ia adab yang baik dengan membiarkan diri jadi tatapan jutaan laki?

"ikut niat lah brader...kecoh la luu..."

apakah dengan niat yang baik dapat butakan mata lelaki dari lihat gambar itu dan tidak menimbulkan fitnah?

well said~try again next time.... :)

gedebooommm!!!! (roket tepat ke sasaran)

barisan pertama sedia!
barisan kedua sedia!

keluarkan senjata masing2,kita nak tangkis bom pahlawan keyboard yang seterusnya!

No comments:

Post a Comment