Monday, 17 December 2012

Daku pelik dengan sesetengah "ulama" yang punyalah pulun carik dalil untuk menghalalkan sesuatu yang disepakati haram...lepas jumpa ada SEORANG ulama ckp BOLEH (dengan syarat yg ketat) lalu trus ulama tu jadikan ia FATWA TERUTAMA lalu semua orang g mendengar ceramahnya anggap ia fatwa muktamad dan islam tak haramkan benda tu..sedangkan jutaan ulama lain mengharamkannya secara qatie(jelas) tanpa ki
as..

Tapi macam biasa,ulama tadi ckp "islam itu mudah"....

Apakah kebodohan yang berlaku pada umat hari ini????

'Ustaz express' hari ni sangat cepat mengeluarkan fatwa yang bakal menyeret mereka ke neraka sedangkan mereka tak pernah belajar usul ifta',daku lihat para sahabatku habiskan masa 7 tahun untuk layak dapat sanad kutub sittah,lalu mereka tambah lagi masa 3 tahun untuk pelajari usul ifta'(cara keluarkan fatwa) baru mereka layak mendapat kebenaran untuk keluarkan fatwa...
Berbeza dengan ustaz express hari ni yang cuma ada diploma bahasa arab tapi macam ada seluruh ilmu sedangkan semua dia kutip dari google bukan dari talaqi...
Antara usul ifta' yang paling asas ialah memahami setiap khilaf itu ada fatwa muktamadnya yang disepakati,
Hari ni ulama2 bodoh akhir zaman bila cakap perkara khilaf tanpa ilmu mereka akan canang "alaa benda tu khilaf,boleh pilih mana suka.."..
Ini kebodohan mereka,saya tak mahu campur..mereka terlampau nak jadi ahli fatwa tanpa kelayakan,itu masalah mereka..
Tapi jadi masalah besar bila mereka diikuti umat yang lebih2 jahil dari mereka....
Setiap yang bergelar ulama apabila ditanyakan masa'il(masalah agama),wajib bagi mereka menyatakan fatwa muktamad yang terkuat,kemudian jika penanya tidak mampu amal,baru kita nyatakan fatwa daif dengan syarat perlu usaha ke arah fatwa muktamad...
Entah kalam ini difahami atau tidak...
Atau mereka saja buat2 tak paham...
Yang bodoh mereka agungkan,yang alim mereka cela,
Lalu orang bodoh mengusai bumi,maka pengikut mereka jadi dua kali bodoh...

"Kalau harap pemimpin jadi macam abu bakar as sidiq,kenapa kita tak jadi rakyat seperti para sahabat?"

No comments:

Post a Comment