Ya allah..maaf lah aku terpaksa online balik,sebab masih ada pepijat yang dah-la-tak-faham lepas tu buat-buat-paham tapi hakikatnya dia-salah-faham lepas tu dia laga2kan dan timbulkan keraguan dalam masyarakat.so biar aku jawab apa benda yang benak sangat mamat tu nak faham dan dia bertanggungjawab untuk hapuskan salah faham ni:
1)Ada la sorang mamat ni nak jadi hero malaya pi report pasal "ibnu batoota" kat maulana razif salah seorang guru agama yang mulia di madrasah sri petaling,dah tu dia ngadu domba dengan tidak memberitahu keadaan sebenar dan terus buat keputusan kononnya si penyusun selipar kat masjid sri petaling yang bodoh macam anjing ni telah memfatwakan bahawa imam a'zom muhaddis terulung imam bukhari rah. sebagai SESAT atas alasan beliau yang mulia tidak mengikuti mazhab syafi'e atau 3 mazhab yang lain,katanya "ibnu batoota" ni fatwakan semua yang tak ikut 4 mazhab ni sesat.WALLAHI BUDAK NI MEMANG MANGKUK AYUN...so maulana razif pun mestilah tak setuju(tak kan dia nak setuju kot???).
Jawapan comel dari ku:
1)Imam bukhari tu memang la tak ikut 4 mazhab sebab beliau tu MUJTAHID YANG LAYAK KELUARKAN HUKUM SENDIRI jadi beliau tidak perlu ikut mana2 mazhab sebab beliau LAYAK UNTUK TIDAK IKUT.walaubagaimana pun!mana ada manusia lahir2 jadi mujtahid????manusia ni ada dua jenis je,yang pandai namanya mujtahid(yang layak keluarkan hukum),yang bodo macam kita ni namanya muqallid(yang mengikuti hukum yang dikeluarkan mujtahid sebab kejahilan tidak mampu jadi mujtahid),imam bukhari ni tentu pernah jadi "muqallid" jugak sebelum beliau jadi "mujtahid",sama seperti 4 imam mazhab asalnya mereka itu muqallid lepas tu jadi mujtahid,syaikh taqiyuddin dan syaikh nawwa siddiq hassan khan telah nyatakan dalam kitab mereka bahawa sebelum imam bukhari jadi mujtahid,beliau bertaqlid kepada MAZHAB SYAFIE sebab tu nama imam bukhari ada dalam kitab tobaqot asy-syafi'ieyyah sebagai ulama syafi'eyyah,paham???KALAU KAU TUDUH AKU SESATKAN IMAM BUKHARI SEBAB TAK IKUT 4 MAZHAB,habis tu aku nak cakap macam mana kat orang awam?aku nak suruh diorang ikut "mazhab bukhari"?aku cabar kau tengok kalau boleh carik kat aku satuuuu je kitab FIQH MAZHAB BUKHARI...ada?tak da?kalau tak da,macam mana aku nak ajar orang awam fiqh imam bukhari?kalau dah tau pasal fiqh imam bukhari tak dibincangkan disini dan tak releven utk diamalkan sebab ia tak wujud untuk diajarkan,so kenapa kau timbulkan pasal imam bukhari?benak benak..
2)Status aku yang dia adu dombakan tu tentang "kaedah untuk mengenali ilmu yang sahih"(check la status2 aku yang lepas) yang mana aku suruh semua orang ikut salah SATU dari 4 mazhab itu ADALAH KAEDAH UNTUK ORANG AWAM BUKAN UNTUK MUJTAHID,benak benar nak paham pastu nak jadi hero,hello!yang baca status aku ni semua ORANG AWAM,jadi aku bagi kaedah mudah paham untuk mereka AMALKAN,kalau nak perincikan,memang bukan 4 mazhab je yang wujud dalam islam,kita ada beratus2 mazhab YANG SAHIH dalam islam yang diasaskan oleh para mujtahid dari kalangan tabi'in dan tabi' tabi'in seperti mazhab AUZA'IE,IBRAHIM NAKH'IE,SUFYAN THAURI,ABU THAUR,ISHAQ RAWAIH,WAKI' IBN JARRAH,LAITH IBN SA'AD,HASAN BASRI,AYYUB SAKHTIYANI,SALIM IBN ABDULLAH,SAID BIN MASRUQ,HAMMAD,IBN ABI LAYLA,DAUD ZAHIRI DAN RAMAAAAI LAGI !jadi semua imam-imam mazhab ni sesat ke sebab tak ikut 4 mazhab?cetek benar otak mu...kau tak ikut perkembangan aku,kau baca status aku satu je terus hukum aku bukan2,kau kena tengok apa perjuangan aku dan sapa yang aku tentang,apa yang aku sampaikan dalam fb adalah pada makam awam yang telah dringkaskan untuk mudah faham,cukup lah bagi 4 mazhab je sebab 4 mazhab ni je yang masih lengkap dan paling mahsyur sampai sekarang,mazhab2 yang lain aku tak sebut sebab tidak releven lagi untuk diamalkan sebab ia SUDAH PUPUS,dalam kitab kalamul mufid oleh allamah burhanuddin al-maliki,kitab ibn khaldun dan kitab imam subki telah nyatakan secara jelas bahawa mazhab2 ini telah pupus dan tinggal sebahagian2 kecil je fiqh mereka yang tak lagi sesuai diamalkan sebab tak lengkap.
3)dan perkataan "ulama"(siap ada kurungan lagi aku buat dalam status tu sebagai tanda perlian) dalam status tu pula merujuk kepada "ulama2 muda" zaman sekarang yang menolak mazhab sebab perasan dah sampai tahap mujtahid seperti "ulama muda" umno,ulama2 wahabi,ulama2 muktazilah,syiah,ulama modernis dan lain2 yang terkeluar dari aswj,sebab sekarang terlampau banyak fatwa2 pelik berlegar dalam masyarakat,sampai ada yang minum arak aku tegur dia cakap TAK APEEEE,AKU BACA DALAM KITAB FIQH DR.************* YANG MINUM ARAK TU HARUS SELAGI TAK MABUK!aku nak buat macam mana?bila aku kritik mana2 ulama akhir zaman punya fatwa pelik,nanti ada mangkuk ayun meroyan,"wei bateteeeoouu,ko ni lagi alim ke dari ulama tu?"
...jadi aku nak buat macam mana?aku nak cakap,"haaa betulll arak halal,jual babi halal,pegang pmpuan halal,kat palestin tak de jihad,pmpuan haid masuk lah masjid sesuka hati,nak break dance,nak gangnam dalam tu pun boleh!sebab ada ulama hebat fatwa cakap boleh!" Kau nak aku cakap macam tu?aku lebih rela kepala aku bersepai kena tembak dengan bazooka daripada aku setuju dengan fatwa2 pelik tu!nak berlapang dada dan raikan pendapat pun ada had2 nya!aku nak selamatkan umat awam dari fahaman2 sesat tu,jadi aku bagi kaedah mudah untuk mereka amal,kalau aku suruh mereka ikut mazhab auza'ie,mana diorang nak belajar???kat malaysia ni dah comel dah belajar mazhab syafie,teruskan lah yang tu,buat apa nak keliru2 ikut "ULAMA MODEN" "ULAMA KONTEMPORARI" dan sebagainya yang kebanyakannya fikiran mereka dicemari fahaman sesat wahabi dan lain2...maksud "ulama" dalam status aku tu bukan merujuk kepada ulama2 besar yang MUJTAHID sebab mereka dibebaskan dari menjadi muqallid sebab mereka BUKAN ORANG AWAM ! UNTUK ORANG AWAM PULAK,WAJIB IKUT 4 MAZHAB NI JE UNTUK ELAK KEKELIRUAN AGAMA YANG MELAMPAU SEPERTI YANG BERLAKU PADA ORANG WAHABI/SALAFI DAN KUTU2NYA.Cuba korang tengok macam ustaz azhar idrus,beliau bagi fatwa semuanya ikut mazhab syafie je,biar semua selaras,senang cerita,tak ada keliru2,cuma beberapa masalah terpencil je kadang2 ustaz azhar amek qaul mazhab lain dan dia perjelaskan!begitu juga ust kazim elias dan pejuang2 ahli sunnah wal jamaah yang lain,mereka lebih pentingkan kefahaman yang selaras untuk orang awam..kalau kau nak cakap pasal khilaf 100 mazhab,inbox la aku,tak payah nak tunjuk hebat cakap depan orang awam.
imam haromain rah. telah berkata:
"Telah ijma'(sepakat) para ahli tahqiq bahawa ORANG AWAM TIDAK DIBENARKAN untuk berpegang kepada mana2 mazhab tertentu dari kalangan sahabat nabi r.hum.tetapi mereka HENDAKLAH MENGIKUTI salah satu dari 4 mazhab yang mahsyur kerana mereka telah MENAPIS,MENGKAJI DAN MENYUSUN BAB-BAB di samping menyebut kedudukan masalah,dan mereka menerangkan jalan2 kajian juga menyusun atur segala masalah agama lalu menghimpunkannya(dalam satu mazhab) untuk mudah difahami orang awam."
Imam ibnu solah rah. pula berkata:
"WAJIB mengikuti kepada mana2 mazhab imam yang 4 dan BUKAN SELAINNYA kerana mazhab imam yang 4 ini telah mahsyur,tersebar luas dan diketahui ikatannya yang mutlak(yakni diketahui sanad mereka sampai rasulullah),takhsis yang umum dan juga tersebar segala cabangnya,tidak seperti mazhab yang lain(yang tidak lengkap)."
Syeikh sulaiman al-bujairimi asy-syafi'e pula berkata:
"Tidak harus(haram) mengikuti selain daripada imam yang 4 pada masalah fatwa dan mahkamah."
Syeikh ramadhan al-buti pula memfatwakan bahawa wajib ikut salah satu dari 4 mazhab kerana mazhab2 ini sudah terbukti kebenarannya selama RATUSAN TAHUN dan diyakini sanadnya sahih sampai kepada rasulullah.
So imam2 besar ni semua SESAT KE SEBAB MENGIKUT PANDANGAN KAU,ORANG YANG WAJIBKAN IKUT 4 MAZHAB NI TELAH MENYESATKAN IMAM BUKHARI?
KESIMPULAN: engkau ni sebenarnya jeles kat aku ke apo?kalau kau nak jadi femes,kau menggedik la dalam fb macam aku ni ha,kejap lagi kau pun femes,kau tak perlu nak jatuhkan orang lain dengan menabur fitnah,ngadu domba dan laga2kan orang lain,dah tu kau libatkan pula ustaz2 dari sri petaling dalam hal ni?dah tu bagi info kat diorang pun salah,mana diorang tak marah kat aku?sebab diorang salah faham kat aku sebab kau cerita bukan2 kat diorang,cerita separuh2 tak full.kat madrasah s.petaling sendiri ajar mazhab syafie,cube tanya diorang kenapa tak ajar mazhab lain?kenapa tak ajar mazhab bukhari?diorang anggap imam bukhari tu sesat juga ke macam kau anggap?baik ko tepon balik maulana razif dan jelaskan hal sebenar lepas tu ko duduk diam2..ok?
Come on lah wei..bagi lah aku rehat.... (T_T)
Kalau tak faham,buat la cara tak faham..ni tidak,dah la salah faham,pastu sebarkan salah faham supaya orang lain pun salah faham,lain kali kalau tak faham,TANYA!!!!bukannya laga-lagakan sesama muslim dan sesama ulama...
Dah la wei..aku banyak keje la mangkok!kalau aku tak jawab,nanti ramai salah faham sebab korang sebarkan fitnah,kalau aku layan,masa aku terbuang pulak,so korang dok diam2 boleh tak?pergi la utube tengok cerita naruto ke,one piece ke,dragon ball ke,jangan lah kacau aku...haih..
Offline...!
No comments:
Post a Comment